Monday, 20 May 2013

PENGHASILAN KARANGAN STPM BAHARU (2)


Panduan menghasilkan karangan STPM yang mantap

1. Bagaimanakah pendahuluan karangan yang baik?

 Menyatakan gambaran umum tentang isu atau fokus soalan.
 Tidak memasukkan isi karangan dalam pendahuluan.
 Pendahuluan tidak harus terlalu panjang atau terlalu pendek.
 Panjang pendahuluan, lebih kurang 80 patah perkataan.

AYAT 1 : Sebut isu secara umum/ latar belakang isu yang berkaitan tajuk
AYAT 2-4: Ulas isu + huraian
AYAT 5 : Bayangan kehendak soalan [≥ 80 patah]


2. CONTOH PENYAMPAIAN PENDAHULUAN
Kehendak soalan: Manfaat yang diperoleh negara yang menganjurkan kejohanan sukan di peringkat antarabangsa.

(1) Kejohanan sukan di peringkat antarabangsa telah berlangsung sejak dahulu. (Sebut isu secara umum) (2) Antara kejohanan sukan yang popular ialah Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Kejohanan Badminton Piala Thomas, Bola Sepak Piala Dunia, dan lain-lain. (3) Untuk menganjurkan kejohanan sukan yang sedemikian, negara memerlukan wang yang banyak, khususnya bagi menyediakan prasarana sukan yang lengkap dan terkini. (4) Meskipun begitu, banyak negara telah menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan yang berprestij itu. (Ulas isu + huraian) (5) Situasi ini menunjukkan bahawa negara yang terpilih menjadi tuan rumah akan memperoleh berbagai-bagai manfaat daripada penganjuran sukan tersebut. (Bayangan kehendak soalan) [84 patah perkataan]

Contoh Ayat Pertama Pendahuluan Karangan

Sekiranya anda menghadapi masalah hendak memulakan ayat dalam karangan, contoh di bawah boleh anda gunakan! [Ingat! Latihan yang banyak akan memahirkan kita.]
(A)
1. Pendapatan negara banyak bergantung kepada industri…(ISU)…..
2. Sejak dahulu lagi, industri …(ISU)…..merupakan sektor yang penting.
3. Tidak dapat dinafikan bahawa industri …(ISU)…... di Malaysia sangat penting.
4. Perkembangan …(ISU)…..yang pesat umumnya membawa manfaat kepada manusia atau penduduk di sesebuah negara.
5. Sejak sedekad kebelakangan ini, Malaysia …(ISU)…..
6. Dalam kehidupan dunia moden sekarang, …(ISU)…..Memang tidak dinafikan bahawa…(ISU)…..
7. …(ISU)…..memang telah lama diamalkan di negara ini.
8. …(ISU)….. memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat hari ini.


(B)
1. Dalam era sains dan teknologi ini, gejala …(ISU)…..kian hari kian berleluasa.
2. …(ISU)…..adalah merupakan satu topik yang hangat diperkatakan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini.
3. Dewasa ini, adalah amat menyedihkan apabila berlakunya …(ISU)….. di Malaysia.
4. Kita tidak dapat menolak hakikat bahawa kes …(ISU)….. ini semakin meningkat.
5. Sejak akhir-akhir ini, …(ISU)…...menjadi isu yang hangat diperkatakan.
6. Masalah …(ISU)….. menjadi semakin membimbangkan beberapa tahun kebelakangan ini berbanding dua atau tiga dekad yang lalu.
7. Dalam kehidupan dunia moden sekarang, …(ISU)…...
8. Memang tidak dapat dinafikan bahawa …(ISU)…..

PANDUAN MENGHURAIKAN ISI KARANGAN YANG MANTAP:

Contoh huraian isi karangan

1. Nyatakan isi (Contoh isi :Penguatkuasaan undang-undang)

2. Nyatakan sebab anda berpendapat sedemikian?

a) Jawab soalan: Bagaimana ? (cara untuk laksana)
-pemantauan
-denda
-gantung lesen
-hentikan perkhidmatan


Mengapa? (sebab)
-kehidupan sempurna
-menimbulkan kesedaran
-pengajaran

b) Maklumat sokongan
-Contoh
-Peratus
-Statistik
-Pendapat orang
-Peribahasa
-Cogan kata
-Hadis


3 Rumusan kecil bagi setiap perenggan, iaitu selepas anda menghuraikan isi (mengikut kesesuaian)
Sumber:http://bmstpm.blogspot.com/2011/07/panduan-menghasilkan-karangan-stpm-yang.html

PENGHASILAN KARANGAN STPM BAHARU(1)


Teknik Mengolah atau Mengembangkan Isi Karangan 
Oleh: Cikgu Mohd. Khir Kassim
Guru Cemerlang Bahasa Melayu

Pendahuluan

Karangan yang baik haruslah diolah dengan mengembangkan isi iaitu menghuraikannya sambil mengemukakan bukti atau contoh yang sesuai. Dalam hal ini, kita jarang-jarang mendengar murid menghadapi masalah untuk mendapatkan isi karangan. Namun demikian kebiasaannya murid menghadapi masalah untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan tersebut. Mereka selalunya menghadapi masalah untuk mengembangkan isi tersebut agar menjadi satu kesatuan idea dalam perenggan-perenggan karangan. Isi tersebut perlu dikembangkan menjadi satu pertautan idea antara satu perenggan dengan perenggan yang lain.
Murid-murid juga selalunya menghadapi masalah untuk menulis karangan yang menepati jumlah perkataan, seperti yang dikehendaki oleh soalan. Kerap kali berlaku, murid-murid menulis karangan yang jumlah perkataannya kurang daripada yang telah ditetapkan oleh soalan. Perenggan karangan juga biasanya tidak seimbang kerana terdapat perenggan yang panjang dan ada pula perenggan yang pendek. Perkara ini berlaku kerana murid-murid tiada teknik atau cara yang boleh membantu mereka untuk mengembangkan isi karangan agar seimbang antara perenggan. Oleh hal yang demikian, cikgu akan membincangkan teknik atau cara-cara untuk mengolah atau mengembangkan isi karangan.

Keperluan Soalan
Bagi peperiksaan STPM, bahagian ini akan mengemukakan 4 soalan karangan yang berdasarkan isu-isu semasa. Berdasarkan trend soalan semasa, terdapat satu soalan yang biasanya merujuk kepada soalan karangan berformat. Murid-murid dikehendaki menulis sebuah karangan yang panjangnya hendaklah antara 650 hingga 700 perkataan dengan berdasarkan 4 soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan STPM.

Untuk menghasilkan karangan yang baik, empat proses yang berikut perlu diikuti oleh pelajar, iaitu:
i. Membaca semua soalan
ii. Membuat pemilihan dan perancangan
iii. Menulis karangan
iv. Membuat semakan

Selepas proses pertama dan kedua itu dilakukan, barulah murid menjalankan proses yang ketiga iaitu menulis karangan. Proses menulis karangan akan melibatkan pengolahan dan pengembangan isi karangan yang diperoleh dalam proses yang kedua. Proses inilah yang paling rumit dan mencabar kebolehan, kemahiran dan pengetahuan murid. Oleh yang demikian, proses yang ketiga ini perlulah diberikan tumpuan utama kerana markah karangan murid akan ditentukan oleh proses yang ketiga ini.

Teknik Mengolah Karangan dengan Menggunakan Formula
1. Pendahuluan
i. Ikatan 2 Hati (IKTHH- Isi, Kesan, Tindakan, Hasil, Hubung kait) - Formula Dr. Ghazali Lateh

Contoh perenggan pendahuluan
Statistik kemalangan jalan raya seringkali meningkat pada musim perayaan utama negara kita. (I) Hal ini telah menyebabkan banyak kecederaan berlaku dalam kalangan pengguna jalan raya di samping banyak juga nyawa manusia yang terkorban. (K) Oleh itu pihak berkuasa telah meningkatkan usaha untuk mengurangkan kemalangan jalan raya seperti penguatkuasaan undang-undang melalui “ops sikap” dan juga kempen keselamatan jalan raya. (T) Diharapkan jumlah kemalangan jalan raya akan dapat dikurangkan setelah langkah-langkah yang berkesan diambil oleh pihak berkuasa. (H) Oleh yang demikian usaha pihak berkuasa itu perlu diteruskan bukan sahaja pada musim perayaan malah pada hari-hari biasa untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya daripada terus meningkat di negara kita. (H) (96 perkataan)

ii. Ismail Kena Cium Lembu Hitam (IKCLH – Isi, Kesan, Contoh, Langkah, Hasil)

Contoh perenggan pendahuluanTerdapat projek perumahan yang terbengkalai atau tidak disiapkan oleh pemaju perumahan di negara kita. (I) Hal ini sudah tentu akan menyusahkan pembeli–pembeli rumah yang mengharapkan rumah mereka disiapkan mengikut jadual yang telah ditetapkan. (K) Terdapat beberapa kes seperti ini yang berlaku di Kuala Langat, Gombak dan Hulu Langat, iaitu seperti yang dilaporkan oleh media massa arus perdana. (C) Oleh itu pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap pemaju perumahan yang bersikap seperti “harapkan pagar, pagar makan padi” ini untuk mengatasi masalah tersebut sebelum menjadi lebih serius. (L) Diharapkan langkah tersebut akan dapat mengatasi masalah yang terpaksa ditanggung oleh pembeli rumah yang hendak berpindah ke rumah sendiri. (H) (96 perkataan)

2. Isi Karangan
i. 5W1H (Apa, Siapa, Mengapa, Bila, Di mana, dan Bagaimana)

Contoh perenggan isi
Kemalangan jalan raya yang berlaku kebanyakannya berpunca daripada sikap pengguna jalan raya yang cuai. Mereka biasanya tidak menumpukan perhatian semasa memandu kenderaan di jalan raya. (A) Kebiasaannya juga mereka menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan ataupun memandu dalam keadaan mengantuk. (M) Keadaan ini seterusnya menyebabkan pemandu kenderaan hilang kawalan dan seterusnya menyebabkan berlakunya kemalangan. (Ba) Oleh yang demikian, pengguna jalan raya perlulah berhati-hati dan tidak cuai semasa memandu kenderaan di jalan raya agar kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku. Hal ini bertepatan dengan pepatah Melayu iaitu beringat sebelum kena dan janganlah sudah terhantuk baru nak tengadah. (M) (79 perkataan)

ii. Individu dan Keluarga (Inke), Masyarakat (Kawan, Jiran dan Sekolah), Negara, Teknologi, dan Antarabangsa. ((InkeManeTekA)

Contoh perenggan isiSalah satu punca penagihan dadah adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya. (Kawan) Para ramaja biasanya mudah terpengaruh oleh perbuatan yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka. Selain itu mereka juga ingin tahu dan ingin mencuba perkara tersebut. Hal ini biasanya akan menyebabkan mereka ketagih terhadap dadah.

iii. Inikah Hasilnya Cinta (IKHC – Isi, Kesan, Huraian, Contoh)

Contoh perenggan isi
Aktiviti sukan yang kita lakukan boleh menyihatkan badan kita. (I) Hal ini demikian kerana semasa kita bersukan, badan kita akan mengeluarkan peluh. (K) Seterusnya perkara ini berlaku disebabkan oleh jantung kita bekerja kuat dan mengepam darah ke seluruh badan. (H) Contoh aktiviti sukan yang boleh kita lakukan adalah seperti bermain bola sepak, badminton, hoki, dan berjoging. (C)

3. Penutup/kesimpulan
i. Rasa Cinta Aku Pasti Hilang (RCAPH – Rumusan, Cadangan, Ancaman, Harapan) - Formula Dr. Ghazali Lateh (saya tambah dengan P iaitu peribahasa)

Contoh perenggan kesimpulan
Kesimpulannya, masalah rasuah perlulah ditangani segera oleh pihak berkuasa di negara kita. (R) Oleh yang demikian pihak berkuasa perlulah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan rasuah. Kempen tersebut bolehlah dijalankan di media-media massa arus perdana dan juga melalui ceramah yang dijalankan oleh pegawai-pegawai Badan Pencegah Rasuah. (C) Hal ini demikian kerana jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu akan merosakkan jentera pentadbiran negara. Jika jentera pentadbiran negara kita rosak sudah pasti kita semua yang akan menerima padahnya.(A) Perkara ini bertepatan dengan ungkapan, lebih baik mencegah daripada mengubati sesuatu penyakit.(P) Jadi, kita semua berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum berleluasa atau menjadi lebih serius. (H) (102 perkataan)

ii. Kena Hati-Hati (Kesimpulan, Hurai, Harapan)

Contoh perenggan kesimpulanKesimpulannya semua pihak perlu bekerjasama untuk membanteras jenayah yang berlaku di negara kita. (K) Anggota masyarakat perlulah membantu pihak berkuasa dengan melaporkan kejadian jenayah yang berlaku dengan segera. (H) Dengan cara itu masalah jenayah ini diharapkan dapat dikurangkan dan dibanteras daripada terus berleluasa. Seterusnya hal ini membolehkan masyarakat di negara kita ini hidup dalam keadaan aman, tenteram dan harmoni.(H)

Penutup
Teknik yang dibincangkan tadi diharapkan dapat membantu murid-murid dalam menghuraikan dan mengembangkan isi karangan dengan baik. Diharapkan juga murid-murid dapat membina setiap perenggan karangan dengan teratur dan seimbang. Perenggan pendahuluan, perenggan isi, dan perenggan kesimpulan akan menjadi seimbang jika olahan dan huraian dirancang dengan baik dan jumlah perkataan yang dikehendaki akan dapat dipenuhi oleh murid-murid. Di samping itu murid-murid juga dinasihatkan agar membaca bahan-bahan bacaan yang relevan dan sesuai untuk membantu proses pengolahan dan pengembangan isi karangan. Murid-murid turut digalakkan membaca suratkhabar Utusan Malaysia dan Berita Harian, majalah Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Pelita Bahasa, Fokus, Kosmik dan sebagainya. Selain itu murid-murid juga dinasihatkan supaya banyak berlatih untuk mengembangkan isi karangan supaya tidak menghadapi masalah semasa berada di dalam dewan peperiksaan. Selamat mencuba formula yang dicadangkan ini.

Friday, 17 May 2013

BAHASA (3)


Langkah-langkah Memartabatkan Bahasa Malaysia


  'Bahasa jiwa bangsa', itulah frasa yang paling sesuai untuk melambangkan signifikan sesuatu bahasa kepada bangsa-bangsa di Malaysia. Pelbagai polemik telah dibangkitkan sejak akhir-akhir ini bagi membicarakan identiti Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan bagi sebuah rumpun bernama Malaysia. Bahasa Malaysia telah diadaptasikan daripada frasa asal 'Bahasa Melayu' yang disifatkan berjiwa perkauman sekaligus tidak relevan dengan gagasan 1 Malaysia. Namun begitu, apakah inisiatif yang perlu dilaksanakan demi memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat?

  Langkah-langkah yang patut diambil termasuklah menggesa semua urusan rasmi dan surat-menyurat di semua jabatan kerajaan diimplimentasikan dalam bahasa ibunda. Mutakhir ini, jabatan-jabatan kerajaan lebih gemar memilih Bahasa Inggeris yang dianggap berdarjat tinggi berbanding Bahasa Malaysia untuk digunakan dalam urusan syarikat mereka. Sifat nafsi yang menggunung dalam jiwa mereka wajar diibaratkan seperti kacang lupakan kulit kerana mereka persis mengenepikan sebuah bahasa yang telah mendewasakan pemikiran mereka. Oleh itu, pihak-pihak ini haruslah menjaga martabat Bahasa Malaysia supaya tidak hilang ditelan zaman.

Selain itu, idea Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) juga harus dilupuskan. Sifat dominan bahasa Inggeris dalam kehidupan kita tidak harus dinafikan, tetapi langkah ini dilihat berpotensi memadamkan kegemilangan Bahasa Malaysia di peringkat lokal.Jika teras pentarbiahan turut dilaksanakan dalam bahasa asing, tidak mustahil pada satu era nanti, generasi akan datang tidak mengenali lagi perkataan 'melayu'. Ironinya, usaha Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI) dilihat sangat proaktif sebagai mangkin yang efektif demi membejat kemelut bahasa yang sedang dihadapi Malaysia kini.

  Sementelahan pula, kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil juga tidak harus dikerling enteng berikutan perkara tersebut berkemampuan memperkasakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil lantas menjatuhkan darjat bahasa ibunda di sekolah-sekolah berkenaan. Jika dilihat dari perspektif berbeza, hal ini dapat menimbulkan nafsi perkauman bahkan tidak sejajar dengan penerapan 1 Malaysia dalam kalangan masyarakat. Maka, polemik ini mungkin tidak dapat mencapai objektif kemenjadian bahasa sebagai agen perpaduan yang utuh bagi semua rakyat di negara ini. Tuntasnya, pihak-pihak yang berwajib seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) harus berfikir secara kreatif dan kritis demi menaikkan imej bahasa ibunda secara holistik.

  Di samping itu, bagi mengukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia dalam sanubari rakyat rencamangolongan, DBP harus melaksanakan pelbagai aktiviti yang menggapai minat umum terhadap keindahan Bahasa Malaysia. Aktiviti seperti Sayembara Pidato Antarabangsa anjuran Kementerian Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Pelancongan dengan usahasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) baru-baru ini dilihat sebagai anjakan paradigma yang berpotensi memperkenalkan bahasa kebangsaan di peringkat dunia. Deduksinya, langkah yang sama harus diambil DBP untuk mewujudkan 'jiwa bahasa' dalam kalangan rakyat.

  Mendepani arus globalisasi kini, pelbagai perubahan serta modifikasi yang sudah dilaksanakan terhadap Bahasa Malaysia asal sehingga terbentuk bahasa rojak. Lihat sahaja di kiri dan kanan jalan raya serta di bangunan-bangunan pencakar langit, banyak papan tanda memaparkan penggunaan bahasa rojak. Perkara ini tidak patut dibiarkan berlarutan kerana keupayaannya untuk mencemarkan bahasa adalah tinggi. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tidak harus berpeluk tubuh dan mendiamkan diri, sebaliknya perlu mengambil tindakan undang-undang bagi menyedarkan pihak berkenaan bahawa Bahasa Malaysia bukanlah sebuahwadah mainan komersial. Oleh itu, 'pidana bahasa' ini perlu dibejat bagi mewujudkan rakyat kontemporariyang berpegang teguh dengan bahasa ibunda.

  Konklusinya, semua pihak haruslah menggembleng tenaga untuk meledakkan darjat Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan harian, selain status utamanya sebagai bahasa kebangsaan. Janganlah kita menjadi manusia yang khusyuk menyelami sungai pemodenan dengan mementingkan bahasa asing sebaliknya menidakkan kebolehan Bahasa Malaysia untuk membawa kita ke mata dunia. Pepatah Melayu ada disebut, 'yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang indah itu bahasa'. Oleh hal yang demikian, marilah kita berpijak di bumi yang nyata dengan menjaga bahasa kebangsaan supaya kekal nirmala dan 'tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas'.

BAHASA (2)


MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)


DEFINISI MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

Memartabatkan Bahasa Malaysia bermaksud meletakkan Bahasa Malaysia pada tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia. Bahasa Malaysia juga merupakan bahasa pengantar utama pendidikan berdasarkan Akta Pendidikan 1996.

Memperkukuh Bahasa Inggeris membawa maksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari, bahasa komunikasi dan bahasa ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa.

TUJUAN MBMMBI
Tujuan utama memartabatkan Bahasa Malaysia adalah kerana Bahasa Malaysia merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat perpaduan, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu ke arah membina negara bangsa untuk mencapai hasrat 1Malaysia.
Tujuan utama memperkukuh Bahasa Inggeris adalah kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi antarabangsa yang perlu dikuasai dengan baik dan berkesan bagi membolehkan penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat nasional dan global.

STRATEGI PELAKSANAAN MBMMBI

Memartabatkan Bahasa Malaysia
Strategi memartabatkan Bahasa Malaysia meliputi perkara-perkara berikut:
- Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia
- Asas Berbahasa (Back To Basics)
- Didik Hibur
- Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P
- Program Bacaan
- Guru Bahasa Malaysia Berkualiti
- Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif
- Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi
- Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara
- Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi

- Pendekatan Modular Kurikulum Bahasa Malaysia 
: – Penguasaan asas kemahiran berbahasa diperkukuh melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P&P.

- Asas Berbahasa (Basics To Basics) 
: – Pengukuhan asas berbahasa dilakukan secara berstruktur dan sistematik. Asas berbahasa pradengar, prabunyi, prabaca dan pratulis diperkukuh melalui modul P&P yang menerapkan elemen menyeronokkan dalam seni bahasa. P&P tatabahasa adalah berasaskan sistem bahasa yang betul dan dilakukan secara bersepadu dalam konteks.

Didik Hibur 
:– Pendekatan P&P Bahasa Malaysia akan menyediakan suasana yang lebih menyeronokkan dan menarik melalui pelbagai kaedah. Kemahiran mendengar, bertutur, membaca, menulis, tatabahasa dan seni bahasa akan disulam dengan dengan aktiviti penerokaan, pencarian maklumat, pelaporan dan penghasilan produk.

Penggunaan Bahasa Malaysia Standard Merentas Kurikulum 
:– Penggunaan sistem bahasa yang betul dalam mata pelajaran lain akan menyokong P&P Bahasa Malaysia. Penggunaan dialek tempatan atau bahasa pasar mesti dipantau agar tidak menjejas standard dan mutu Bahasa Malaysia itu sendiri.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P 
:– Penggunaan teknologi makluamt seperti perisian, e-mel, laman sembang dan laman web dapat menyediakan P&P yang bersifat interaktif serta nenghiburkan. Satu portal akan diwujudkan untuk menghimpunkan bahan penulisan serta menyediakan forum bagi penggiat bahasa, para pendidik, sasterawan, pelajar serta pengguna Bahasa Malaysia untuk berbincang, mengkaji dan mencari maklumat tentang Bahasa Malaysia.

Program Bacaan 
:– Program bacaan seperti Komponen Sastera dalam Bahasa Malaysia (KOMSAS), Buku Sastera Sekolah Rendah, Bacaan Awal Berstruktur dan NILAM diteruskan. Beberapa penambahbaikan akan dilakukan supaya pembacaan bahan sastera dapat ditingkatkan.

Guru Bahasa Malaysia Berkualiti 
:– Guru yang mengajar mata pelajaran ini perlu beropsyen Bahasa Malaysia untuk memastikan kualiti dari segi ilmu pedagogi. Guru digalakkan menghadiri kursus peningkatan profesionalisme yang memberikan pendedahan tentang perkembangan terkini ilmu pedagogi dan juga perkembangan bahasa daripada pakar dari dalam dan luar negara.

Persekitaran Pembelajaran yang Kondusif 
:– Pemantauan daripada aspek kebersihan, keceriaan dan keselamatan di sekolah dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi memastikan saiz kelas, serta keadaan fizikal bilik darjah dan sekolah lebih kondusif untuk P&P.

Bahasa Malaysia Bahasa Ilmu dan Komunikasi 
:– Usaha menterjemah karya agung dari Eropah, Amerika dan Asia perlu diperhebatkan. Melalui cara ini perluasan ilmu melalui pembacaan dalam Bahasa Malaysia dapat dipergiat, seterusnya menggalakkan budaya membaca dalam kalangan masyarakat. Penggunaan Bahasa Malaysia juga mestilah tekal dan mantap dalam semua urusan rasmi agar hasrat 1Malaysia terlaksana melalui identiti negara bangsa.

Kolaborasi Antarabangsa Kursi Bahasa Malaysia di Universiti Luar Negara 
:– Satu kolaborasi yang mantap antara Malaysia dengan negara lain akan diwujudkan dengan menubuhkan kursi Bahasa Malaysia di universiti luar negara.

Syarat Layak Masuk Institut Pengajian Tinggi 
:– Pelajar yang mengikuti pengajian di universiti hendaklah diwajibkan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia sebagai syarat masuk.

************************************************

Satu kaedah perlu dirangka bagi menilai tahap pencapaian dalam penggunaan bahasa Melayu di kalangan sektor awam dan swasta untuk satu jangka masa yang telah ditetapkan. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia bagi memastikan segala dasar dan perancangan pembangunan negara tercapai dengan optimum dalam era kepimpinan negara yang menekankan kepada Indeks Prestasi Utama (KPI). Penilaian itu, jelas beliau, menjurus kepada tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dengan diberi keutamaan dan status yang sewajarnya.

Sebagai contoh dalam urusan surat menyurat, pengendalian mesyuarat, ucapan dan perbincangan. Selain itu, risalah dalam menyampaikan maklumat organisasi kepada masyarakat bagi tujuan promosi dan publisiti juga sewajarnya mendahulukan bahasa Melayu kerana bahasa Melayu amat penting kerana ia menjadi benteng bagi memperteguh jati diri bangsa. Ini kerana suasana dan persekitaran yang mewujudkan bahasa Melayu ditunjangi dengan nilai kesantunan yang tinggi dan budaya ketimuran. Globalisasi dan ledakan teknologi maklumat hari ini telah melahirkan dunia tanpa sempadan dan sekatan. Interaksi manusia, jelas beliau, menjadi semakin luas dan pantas melalui bukan sahaja secara bersemuka, atas talian malah di alam siber.

Kita juga seharusnya tidak ketinggalan dan perlu seiringan dengan perubahan yang berlaku dan jangan sesekali berundur ke belakang. Situasi hari ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi penggunaan bahasa Melayu yang mana unsur-unsur keunikan serta keagungannya menjadi longgar, rapuh dan mudah dicemari kerana dicampur aduk penggunaannya dengan bahasa-bahasa lain sewenang-sewenangnya.

Pencemaran bahasa itu, sedikit sebanyak telah menghakis identiti asli bahasa Melayu dan rasa hormat terhadap bahasa Melayu turut pudar kerana dicampur aduk mengikut selera dan kehendak hati. Ledakan ini telah menjadikan bahasa Melayu semacam berada di belakang berbanding bahasa-bahasa lain. kelangsungan bahasa Melayu mendepani zaman sekarang melalui saat yang sangat getir.

Memartabatkan bahasa Melayu sebagai saluran penguasaan ilmu.

Pelaksanaan PPSMI dilihat gagal beri manfaat kepada pelajar, terutama di luar bandar.
USAHA menggerakkan pelaksanaan program memperkasakan Bahasa Malaysia dan Inggeris pada semua peringkat sekolah seperti kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini adalah selaras dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang akan dilaksanakan mulai 2012 bagi menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Memartabatkan bahasa Melayu bermaksud mengembalikan kedudukan bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah kebangsaan. Memperkasa bahasa Inggeris pula bermaksud usaha mempertingkat penguasaan bahasa itu melalui kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan supaya pelajar benar-benar dapat menguasainya dengan baik.

Pengumuman pemansuhan PPSMI dan dasar MBMMBI dibuat selepas kerajaan mengkaji dan meneliti pelbagai aspek membabitkan keberkesanan pelaksanaan dasar itu. Kerajaan juga mengambil kira pelbagai pandangan cendekiawan serta pandangan umum mengenai pro dan kontra pelaksanaan PPSMI yang dilaksanakan sejak 2003.

Contoh, tokoh bahasa yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dr Hassan Ahmad, menyatakan PPSMI boleh melemahkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Menurutnya, sebelum ini pelbagai bidang ilmu ditumpukan dalam bahasa Melayu termasuk dalam bidang sains dan matematik.
Bahasa Melayu juga pernah digunakan dengan meluas di pusat pengajian tinggi sehinggakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi sebuah universiti yang sepenuhnya menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Keunggulan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dibuktikan UKM apabila melahirkan ramai siswazah dalam bidang perubatan dan pelbagai bidang lain. Golongan profesional yang dilahirkan oleh UKM dengan pengantar bahasa Melayu turut mahir berbahasa Inggeris.

Peranan DBP yang menterjemahkan banyak buku dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk menerbit pelbagai jenis kamus, peristilahan dan buku glosari dalam semua bidang pengajian berjaya mengangkat keupayaan dan martabat bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Menurut kajian Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), pelaksanaan PPSMI didapati menjarakkan lagi jurang pencapaian sains dan matematik antara pelajar bandar dan luar bandar. Masih ramai guru PPSMI tidak menguasai bahasa Inggeris. Kebanyakan murid pula menunjukkan sikap pasif dan kurang ceria apabila kelas Sains dan Matematik berlangsung.

Majoriti murid, terutama di luar bandar takut bertanya soalan kerana tidak memahami pelajaran yang diajar. Hampir 50 peratus murid didapati tidak faham bahasa Inggeris. Kajian itu juga mendapati lebih 80 peratus murid Melayu sukar memahami pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Justeru, PPSMI dilihat gagal memberi manfaat kepada pelajar, khususnya di luar bandar.

Dalam melaksanakan dasar MBMMBI, Kementerian Pelajaran perlu mengambil beberapa langkah secara teliti dan terancang. Misalnya, untuk menyediakan buku teks dalam bahasa Melayu bagi kedua-dua mata pelajaran terbabit memerlukan jangka masa tertentu. Ini termasuk melantik panel penulis, penyediaan isi kandungan, panggilan tender dan akhirnya proses mencetak. Saya kira proses ini sudah pun berjalan kerana selepas berakhir 2011 nanti maka dasar baru itu akan dilaksanakan.

Kita juga perlu faham selain mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik kepada bahasa Melayu, pada masa sama kerajaan mahu memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Seperti disarankan pakar bahasa bahawa untuk memperkukuh penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, aspek pedagogi pengajaran dan pembelajaran bahasa itu perlu dipertingkatkan.

Oleh itu, kementerian perlu merancang pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris dengan berkesan. Justeru, kemampuan melahirkan guru bahasa Inggeris berkualiti amat penting supaya pengajaran dan pembelajaran bahasa itu menjadi lebih berkesan, menarik dan bersifat pembelajaran yang menyeronokkan.
Langkah kerajaan mengambil lebih ramai guru bahasa Inggeris dari luar negara adalah usaha mengatasi masalah kepakaran guru dalam bahasa Inggeris. Saya yakin ia langkah sementara sebelum negara dapat melahirkan lebih ramai guru yang mahir dan pakar dalam pengajaran bahasa Inggeris.

Kerajaan juga boleh mempertimbangkan pengambilan guru bahasa Inggeris yang sudah bersara tetapi masih mampu mengajar dengan berkesan. Guru berpencen yang diambil semula ini perlu memiliki kesihatan yang baik dan didedahkan dengan teknik pembelajaran bahasa Inggeris yang terkini.

Selain itu, penambahan peruntukan masa mengajar bahasa Inggeris di sekolah rendah dan menengah serta Tingkatan Enam dan Matrikulasi, akan dapat memantapkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Langkah menjadikan makmal komputer di kebanyakan sekolah sebagai makmal bahasa pula akan dapat memantapkan dasar MBMMBI. Justeru, sekolah yang belum mempunyai kemudahan komputer, perlulah kerajaan segera menyediakannya.

Kesimpulan, dasar MBMMBI mampu mengembalikan semula kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan negara. Pada masa sama, dapat memperkasa penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

***
credit : http://nuramalku.blogspot.com/2012/07/memartabatkan-bahasa-malaysia-dan.html

Thursday, 16 May 2013

SAINS DAN TEKNOLOGI (3)


Sumbangan   dan Kesan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan. Bincangkan.

Pengenalan:Sains dan teknologi memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan. Sumbangan itu dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti kaedah rawatan, ubat-ubatan, peralatan dan aspek-aspek lain. Namun di sebalik semua sumbangan itu terdapat juga beberapa masalah hasil kemajuan tersebut.

A. Sumbangan
1. Peralatan
Pelbagai peralatan perubatan dicipta. Peralatan ini digunakan untuk merawat dan mengesan penyakit. Alat-alat ini mampu mengesan sesuatu penyakit dengan tepat dan merawat dengan berkesan. Sebagai contoh: x-ray, ultrasound. Pelbagai peralatan dicipta untuk merawat. Sebagai contoh: peralatan pembedahan.

2. Ubat-ubatan
Kemajuan sains dalam bidang kimia dan biologi membantu bidang perubatan mencipta pelbagai ubat moden. Penemuan ubat-ubat untuk bius, penahan sakit, antibiotik; pelbagai vaksin untuk membina ketahanan badan; pelbagai vitamin untuk pertumbuhan dan kesihatan manusia.Penemuan-penemuan ini memberi sumbangan besar dalam bidang perubatan. Membantu menyembuhkan penyakit dengan lebih cepat, mengurangkan kesakitan kepada pesakit.

3. Penyelidikan dan Pembangunan
Kemajuan sains memberi sumbangan besar kepada bidang perubatan dalam R&D. Pelbagai perlatan sains digunakan secara meluas dalam R&D bidang perubatan. Banyak peralatan ICT digunakan secara meluas dalam R&D. Sebagai contoh penggunaan kamera. Kemajuan sains membolehkan R&D dalam bidang perubatan berkembang pesat. Pelbagai jenis penyakit dapat dikesan. Pelbagai kaedah dan ubat dicipta.

4. Kaedah rawatan
Pelbagai prosedur rawatan telah diperkenalkan dengan kemajuan sains dalam bidang perubatan. Pesakit dirawat dengan pelabagai kaedah mengikut kesesuaian. Rawatan dibuat melalui pengambilan ubat, pembedahan, pemindahan organ, penggunaan organ tiruan dll. Kaedah-kaedah ini ternyata kurang risiko, tidak menyakitkan, memeberi keselesaan kepada pesakit.

B. Masalah
5. Kesan sampingan
Pelbagai bentuk kesan sampingan dialami oleh pesakit. Ubat-ubatan yang berasaskan bahan kimia akan memberi kesan sampingan kepada seseorang jika digunakan dalam jangka masa yang lama. Seseorang akan terdedah kepada kerosakan organ-organ badan lain seperti hati dan buah pinggang. Alat-alat dan prosedur rawatan moden rawatan seperti x-ray dam kimoterapi turut memberi kesan sampingan.

6. Alahan
Ramai pesakit mempunyai ketahanan yang yang rendah terhadap tindak balas yang terhasil akibat penggunaan sesuatu ubat. Keadaan ini menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti gatal-gatal.

Kesimpulan:
Walaupun terdapat pelbagai kesan sampingan terhadap kesihatan, namun itu adalah masalah yang kecil jika dibandingkan dengan sumbangan yang begitu besar kepada dunia perubatan.

Sumber:cikgurazak.blogspot.com.
Hasil kajian: NurAqila bt Zainal Abidin L6K3

Monday, 13 May 2013

BAHASA (1)


Usaha-usaha Menjadikan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Dasar Bahasa
Dasar bahasa terletak terletak pada kuasa pemimpin politik politik.  Maka, pemimpin perlu menetapkan dasar bahasa yang jelas untuk menjadikan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa pengantar ilmu pengetahuan,bahasa perpaduan dan bahasa penyatuan masyarakat. Langkah menetapkan dasar yang jelas serta mempertahankannya perlu ada dalam jiwa setiap pemimpin politik yang dipilih oleh rakyat.
Peranan Golongan Intelektual.
Golongan profesional harus disyaratkan menulis dalam bahasa Melayu tentang bidang kepakaran mereka sebagai syarat untuk kenaikan pangkat dalam pengesahan jawatan.  Golongan profesional itu terutamanya mereka yang terlibat dalam bidang akademik, harus menguasai kemahiran penulisan professional dalam bahasa melayu supaya ulmu yang dipelajari di Barat dapat dipindahkan ke dalam bahasa itu untuk faedah anak-anak bangsa.
Usaha demikian telah dilakukan oleh bangsa Jepun,misalnya golongan terpelajar Jepun dihantar ke luar Negara,seperti Jerman Amerika dan Rusia untuk belajar teknologi automobile. Hasilnya golongan itu memindahkan teknologi yang dipelajari di luar Negara  ke dalam teknologi Jepun dengan menggunakan bahasa Jepun,lalu terciptalah industry kereta yang berjenama sepeti Honda,Toyota , dan Nissan.  Dengan kata lain, melalui peranan golongan intelektual usaha mengilmukan rakyat Malaysian dengan ilmu sains dapat direalisasikan di Negara ini.
Selain itu, usaha mengilmukan bahasa Melayu dapat direalisasikan melalui penghasilan buku ilmiah dalam bahasa tersebut khususnya yang memuatkan penyelidikan dalam pelbagai bidang oleh golongan professional untuk disebarkan kepada masyarakat.Usaha itu perlu dilaksankan supaya golongan professional juga turut berasa cinta akan bahasa kebangsaan mereka.
Kemudahan Teknologi maklumat dan komunikasi.
Langkah mengilmukan bahasa Melayu  dapat diwujudkan melalui laman sesawang bahasa Melayu pada peringkat negara yang merangkum bidang sains dan sastera. Usaha itu juga dapat memenuhi tujuan ekonomi dan mesyarakat pada peringkat negara.  Pada peringkat antarabangsa,bahasa melayu harus seiring dengan bahasa Inggeris dalam menyampaikan maklumat. Maklumat dalam bahasa itu diusahakan untuk pengguna Malaysia dan Negara Asia,manakala maklumat dalam bahasa Inggeris untuk pengguna pada peringkat dunia.Melalui kemajuan dan kemudahan teknologi maklumat dan  komunikasi,penyebaran bahasa Melayu dapat dirancakkan ke seluruh dunia dengan kadar yang cepat dan terkini.
Penerbitan artikel dan buku.
Langkah menggalakkan penerbitan artikel dan buku berbahasa Melayu harus diambil yang meliputi pelbagai bidang,terutama sains teknikal dan sains sosial .   Setakat ini,pegawai professional yang terdiri daripada pegawai akademik lebih digalakkan menulis artikel atau buku dalam bahasa Inggeris sebagai syarat kenaikan pangkat.  Tindakan itu bukan sahaja menyirnakan bahasa melayu dalam golongan professional, malah memalapkan teknologi ilmu moden dalam kalangan rakyat Malaysia.terutama yang berada jauh dari pusat bandar.
Penerbitan buku dalam bahasa Melayu perlu disebarkan ke seluruh negara termasuk sekolah,kolej,universiti dan perpustakaan negeri,daerah dan bergerak serta kedai buku di bandar dan luar bandar.Penyebaran yang menyeluruh dapat memasyarakatkan buku tersebut di samping dapat meningkatkan tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia sepenuhnya.
Perubahan sikap dan cara berfikir rakyat Malaysia.
Semua kakitangan kerajaan serta swasta atau korporat harus digalakkan menguasai bahasa Melayu untuk tujuan bekerja dan berkomunikasi.Hal yang sama juga turut perlu dilaksanakan dalam kalangan pegawai asing yang berkhidmat dalam sector kerajaan dan swasta di negara ini.  Bagi golongan pelajar, syarat kepujian dalam bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysian,Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia kolej dan institusi pengajian tinggi harus dikekalkan, malah menjadi syarat utama dan pemberian biasiswa dan pinjaman kepada pelajar tempatan dan luar negara termasuk pelajar sekolah,kolej dan universiti di Malaysia.
Peningkatan Jati Diri Terhadap Bahasa Melayu.
Mutakhir ini, Malaysia masih menghadapi masalah pembentukan jati diri rakyat terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.  Masalah ini dikenal pasti berpunca daripada sikap individu atau kelompok masyarakat yang terbabit.Hal ini demikian kerana dalam golongan rakyat Malaysia hari ini, golongan intelek dan atlet terdiri daripada orang yang menuturkan bahasa Inggeris.Golongan itu menerima bahasa itu sebagai bahasa sebagai bahasa pertuturan utama dalam konteks rasmi dan tidak rasmi, Dengan kata lain,golongan titu menganggap bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda atau sebagai bahasa pertama kerana dikatakan lebih bernilai daripada bahasa melayu.  Sikap itu timbul kesan daripada kelemahan dasar pelaksanaan di Malaysia .   Golongan itu memang tidak mengamalkan konsep “dimana bumi berpijak,di situ langit dijungjung.
Pelbagai Usaha perlu juga dirancang dan dijalankan untuk mengilmukan bahasa Melayu di luar Negara.
Pemantapan Program Pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa asing.
Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi perlu membentuk kerjasama dengan negara yang menawarkan kursus atau pengajian bahasa Melayu.   Kerjasama peringkat institusi dan negara akan menghidupkan jaringan atau ikatan usaha untuk meengilmukan bahasa Melayu pada peringkat dunia.Hal ini demikian kerana menurut statistik,penutur bahasa Melayu di dunia dianggarkan melebihi 300 juta termasuk penutur bahasa Indonesia. Bahasa Melayu  merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan bahasa Hindu atau bahasa Urdu.
Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi antarabangsa.
Bahasa Melayu yang bersandarkan pada kenyataan geografi,kebudayaan dan ekonomi Malaysia saling berhubung dengan Negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand , Cina, Korea dan Jepun di Asia,dan Negara Eropah,seperti England,Jerman Perancis serta Negara Afrika dan Negara Asia Barat. Dengan Jalinan yang luas seperti itu ,bahasa melayu berupaya membentuk peta penyebaran yang menyeluruh.Peranan bahasa harus mencakup bidang baahasa ilmu sumber alam , seperti hasil hutan tropika, hasil laut dan pertanian ,serta bahasa yang mengungkapkan kebudayaan bahasa melayu yang merangkum kebudayaan empat buah Negara iaitu Malaysia Singapura, Indonesia dan Brunei. Dengan mewujudkan kerjasama antara Negara tersebut,bahasa itu dapat dijadiakan bahasa ilmu dalam pelbagai bidang, seperti teknologi komputer, sains perniagaan dan perubatan tropika.
Pertukaran Pensyarah dan Pelajar.
Program pertukaran pensyarah dan pelajar paling minimum selama satu semesta di sebuah universiti di Malaysia perlu dilaksanakan. Melalui program itu, pelbagai kegiatan penting untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu dapat dilangsungkan.  Usaha itu juga dapat menambah pengalaman kerja.Melalui pengalaman kerja, selain menjalin hubungan istimewaanya yang bertaraf antarabangsa,kita dapat menyemarakkan penyebaran dan penggunaan bahasa Melayu yang bertaraf antarabangsa.

Penubuhan Pusat Dokumentasi Bertaraf Antarabangsa.
Pusat Dokumentai bahasa Melayu yang bertaraf antarabangsa di luar negara perlu ditubuhkan untuk menunjukkan pengguna luar negara. Bahan yang disediakan harus melalui penelitian perkayaaan yang mantap.Usaha itu juga harus dibuka kepada semua lapisan pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam program bahasa dan bilinggulistik Melayu di Malaysia akan menjalani program magang dengan syarikat perusahan di Malaysia asia dan Eropah. Melalui penubuhan pusat itu,segala maklumat serta komperehentif tentang dunia Melayu dahulu dan kontemporari dapat disebarkan kepada pengkaji dan penggunanya.
Pelaksanaan aktiviti bahasa Melayu di luar Negara
Aktiviti kreatif menjadikan individu dan kelompok individu menguasai bahasa Melayu di luar Negara perlu di jalankan. Antaranya  pertandingan berbalas pantun, deklamasi sajak, pertandingan drama dan pertandingan teater,di samping aktiviti sosiobudaya seperti tarian dan drama.” Mesra bahasa “ juga dapat diadakan untuk memberikan pendedahan ringkas tentang bahasa Melayu bagi meningkatkan kemahiran berbahasa, selain bertukar fikiran dan mengeratkan hubungan antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan pensyarah serta pelajar dengan masyarakat, dan penutur bahasa itu yang berada di luar negara. Tindakan untuk mengendalikan program ini perlulah diambil inisiatif oleh badan-badan bukan kerajaan(NGO), university,kolej,pertubuhan-pertubuhan bahasa, pusat penyiaran seperti RTM,TV3, dan sebagainya.
Kesimpulan
Langkah mengilmukan bahasa Melayu di dalam dan di luar negara memerlukan usaha yang sungguh-sungguh pada peringkat individu, keluarga, sekolah, masyarakat dan pemimpin. Hati yang jujur dan luhur serta jati diri yang menebal terhadap bahasa itu daripada setiap rakyat Malaysia dapat mencapi sesuatu yang diilhamkan, malah mampu merentas segala halangan. Untuk mengilmukan bahasa melayu, bahasa itu juga harus berperanan sebagai bahasa ekonomi dalam kalangan negara asia. Melalui ASEAN, bahasa Melayu harus menjadi bahasa pengantaran ilmu, bahasa perdagangan dan  diplomatik, sekaligus lingua franca kepada sesiapa sahaja yang datang berdagang atau berurusan di asia. Untuk mencapai matlamat itu, bahasa melayu harus dipelajari oleh penduduk negara yang mempunyai kepentingan ekonomi dengan dunia Melayu, samada peringkat asia ataupun dunia. Dengan hal demikian,program pengajaran bahasa itu harusmengutamakan pendekatan aktiviti dan bahan yang dirancang dengan teliti secara mikro dan makro. Perancangan secara mikro melibatkan pemantapan kandungan dalam program bahasa Melayu untuk tujuan komunikasi pada peringkat global. Manakala perancangan secara makro pula harus mengambil tiga komponen utama iaitu bahasa Melayu dan teknologi komunikasi bahasa  dan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan bahasa Melayu yang berkaitan dengan peradaban Melayu.

Petikan Pelita Bahasa
Dewan Bahasa dan Pustaka

SAINS DAN TEKNOLOGI (2)


DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA

Latarbelakang 
Aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020 ialah pencapaian taraf sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020. Ini bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020, hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.
Kemajuan keupayaan Sains dan Teknologi (S&T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan sumber-sumber S&T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan."
Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih." 
  
Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan Pembangunan Sektor Perindustrian
Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian adalah hasrat utama Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang perlu diatasi, antaranya ialah:
(i)  Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan;

(ii)  Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya penambahan industri perkilangan di zon perdagangan bebas, namun permintaan mereka terhadap barangan perantaraan tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang perantaraan mereka masih diimport berasaskan kepada sebab pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara ini tidak berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos dan harga yang berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan rangkaian antara industri dalam ekonomi dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;

(iii)  Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah; dan 
(iv)  Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kos tenaga kerja, bahan mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan peningkatkan kecekapan dan produktiviti.

Kepentingan peranan S&T dalam usaha mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S&T adalah merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk mengatasi masalah-masalah di atas. Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor pertanian di negara ini.
Pengurusan S&T yang bijak nyata telah memberikan hasil kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di dunia. Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat antara rancangan membangunkan keupayaan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai Rancangan Malaysia Kelima apabila S&T diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.
Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul apabila orientasi dan pendekatan pembangunan negara yang selama ini menekankan pembangunan sektor pertanian semakin bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian.
Masalah utama adalah jentera, dasar dan institusi-institusi sokongan S&T yang ditubuhkan lebih menekankan kepada pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan rancangan daripada membangunkan sektor pertanian kepada sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh pemindahan jentera dan dasar S&T yang sedia ada atau menubuhkan infrastruktur S&T yang baru untuk menyokong usaha-usaha pembangunan sektor perindustrian.
Sebenarnya pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan sektor perindustrian tidak mendapat sumbangan yang sama daripada sumber-sumber S&T seperti dalam pembangunan sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuan-penemuan yang terkandung dalam Kajian Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah mengenalpasti antara masalah utama yang dihadapi oleh sektor perindustrian di negara ini ialah terlalu bergantung kepada jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan untuk meningkatkan mutu pengeluaran dan daya saing, dan terlalu bergantung kepada pengimport teknologi dan perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri untuk membangunkan S&T dalam sektor perindustrian. Antara sebab yang dinyatakan dalam laporan PIP adalah seperti berikut:
(i)  Kekurangan keupayaan teknologi dalam industri-industri tempatan 
iaitu keupayaan untuk memilih, memperolehi, menyerap dengan jayanya,   mencipta dan memperdagangkan teknologi moden;

(ii)  Kadar pemindahan teknologi yang tidak memuaskan daripada akibat 
keengganan pembekal teknologi untuk memindahkan teknologi dan juga keupayaan teknologi yang dibekalkan adalah rendah;

(iii)  Peruntukan yang tidak mencukupi untuk menjalankan aktiviti- 
aktiviti penyelidikan khasnya Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) perindustrian sebagai sumbangan kepada pembangunan sektor perindustrian;

(iv)  Tiada insentif untuk menggalakkan pembangunan teknologi tempatan 
dan penggunaannya;

(v)  Walaupun ada beberapa institusi,agensi dan kementerian terlibat 
dengan P&P, perolehan teknologi dan pemindahan, namun tidak ada satu mekanisma yang berkesan untuk menyelaraskan dasar S&T, memperuntukkan tanggungjawab dan tugas P&P, menentukan keutamaan dan mengawal pemindahan teknologi dengan cara yang lebih berkesan; dan
 
(vi)  Kekurangan tenaga saintifik dan teknik untuk menjalankan 
aktiviti P&P yang berterusan. Nisbah penyelidik dalam 10,000 penduduk di negara ini adalah sangat rendah (0.3%) berbanding dengan 15-18 peratus di Perancis dan Jerman Timur serta antara 28-30 peratus di Jepun dan Amerika Syarikat.

Dengan itu, PIP telah memperakukan bahawa satu tindakan yang berterusan untuk pembangunan teknologi bersama-sama dengan pelaksanaan program pembangunkan sektor perindustrian adalah perlu dilaksanakan. Untuk mencapai strategi ini PIP telah menekankan bahawa program dan dasar membangunkan keupayaan S&T perlu dijadikan sebagai satu faktor asas kepada rancangan membangunkan sektor perindustrian
Dasar Sains dan Teknologi
Selaras dengan strategi mengutamakan pembangunan S&T, Kerajaan pada bulan April 1986 telah mengumumkan Dasar Sains dan Teknologi Negara. Dasar Sains dan Teknologi Negara adalah bertujuan "menggalakkan penggunaan S&T sebagai satu alat untuk pembangunan ekonomi, membaiki kedudukan fizikal dan kesejahteraan rakyat dan untuk melindungi kedaulatan negara, yang merupakan sebahagian daripada dasar pembangunan sosioekonomi negara."
Dasar Sains dan Teknologi Negara memberi fokus kepada usaha-usaha meningkatkan keupayaan berdikari dalam bidang saintifik dan teknologi untuk membantu aktiviti ekonomi dengan cara mewujudkan suasana yang baik untuk menggalakkan penciptaan saintifik dan memperbaiki infrastruktur dalam bidang saintifik, pelajaran dan lain-lain bidang yang berkaitan.

Strategi Penentuan Keutamaan
Untuk mencapai matlamat dasar S&T yang disebutkan di atas tindakan pertama adalah untuk mengintegrasikan rancangan pembangunan S&T dengan rancangan pembangunan ekonomi dengan tujuan mengorientasikan sumber-sumber S&T kepada aspek-aspek penggunaan secara praktis. Tindakan ini adalah bertujuan membangunkan sektor perindustrian supaya berupaya memilih, memperolehi, menyerap, menginovasi dan mengubahsuai pengetahuan S&T untuk membangunkan satu sektor pengeluaran yang setanding dengan sektor perindustrian di  negara-negara maju.
Rancangan untuk membangunkan keupayaan S&T adalah berasaskan kepada matlamat meningkatkan keupayaan S&T negara sebagai sumbangan kepada pembangunan negara. Matlamat asas ini boleh dipecahkan kepada dua, iaitu:
(i)  Pembangunan keupayaan sumber-sumber S&T negara ini seperti  
tenaga teknik dan saintifik, institusi-institusi penyelidikan, institusi-institusi pengajian tinggi, dan lain-lain ke arah pembentukan keupayaan teknologi tempatan (develop indigenous technology capability); dan

(ii)  Pembangunan keupayaan pengusaha-pengusaha tempatan dalam  
memilih, merunding, menyerap, menyesuaikan, membaih dan menginovasikan teknologi asing (keupayaan menerima pemindahan teknologi) yang mengalir masuk ke dalam negeri ini melalui perjanjian kerjasama, pembelian terus, kerjasama teknik, projek-projek usahasama, penggunaan lesen atau franchise dan lain-lain.

Strategi pembangunan S&T yang menjadi asas kepada keupayaan memajukan satu sektor perindustrian yang dinamik akan meliputi beberapa faktor utama seperti berikut:
(i)  Pembangunan, Keselamatan dan Kesejahteraan Sosial 
S&T akan diberi keutamaan dalam dasar pembangunan negara. Sumber S&T akan digunakan untuk mempertingkatkan kesejahteraan rakyat menjamin pekerjaan, keselamatan dan kekayaan negara ini.

(ii)  Perkaitan Dasar Sains dan Teknologi Negara Dengan Dasar-Dasar  
  Lain
 
Dasar S&T akan diintegrasikan dalam Rancangan Pembangunan dan akan diberi keutamaan yang sama seperti Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Pertanian Negara, dan lain-lain.

(iii)  Peningkatan Perkhidmatan Saintifik 
Perkhidmatan S&T di negara ini yang meliputi beberapa bidang saintifik dan perkhidmatan teknik sokongan akan dipertingkatkan lagi untuk menyumbangkan kepada kejayaan rancangan pembangunan negara.

(iv)  Berdikari 
Matlamat berdikari akan menjadi matlamat utama dalam usaha membangunkan kemahiran S&T supaya mengelakkan keadaan terlalu bergantung kepada keupayaan S&T negara-negara maju.

(v)  Maklumat S & T 
Satu pusat maklumat S&T perlu ditubuhkan untuk memudahkan pengumpulan data mengenai sumber-sumber S&T. Maklumat sumber-sumber S&T adalah mustahak untuk memudahkan tugas-tugas pengurusan, perancangan, Penyelarasan dan pengawasan pelaksanaan dasar.

(vi)  Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) 
  Keutamaan akan diberikan kepada 

(a)  Penggunaan P&P dalam memajukan sumber-sumber pertanian, teknologi pengeluaran barangan dan memajukan proses yang sesuai serta juga   bidang kesihatan.

(b)  Menubuhkan satu sistem pengurusan P&P yang berkesan dan juga membangunkan infrastruktur sokongan S&T seperti pejabat patent, institusi P&P, institusi rekabentuk perindustrian, perundingan teknik dan maklumat dengan tujuan memperkukuhkan kemudahan asas untuk menjamin pemindahan teknologi dan memperkenalkan produk yang baru.

(c)  Menggalakkan sektor perindustrian melabur dalam usaha-usaha 
P&P melalui insentif, menubuhkan jentera perhubungan antara sektor swasta dengan institusi S&T awam, menggalakkan usahasama dalam memperdagangkan hasil-hasil penyelidikan dan menekankan usaha-usaha dalam P&P gunaan dan penyesesuaian.
 
(vii)  Tenaga Manusia 
  Satu rancangan pembangunan tenaga manusia jangka masa panjang yang saintifik dan teknikal akan digubal untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian yang kian berkembang. Ini melibatkan perubahan dalam sistem pelajaran, usaha membangunkan kesedaran di kalangan rakyat terhadap potensi S&T serta juga menjamin supaya tenaga teknik dan saintifik dikekalkan dalam bidang yang sesuai.

(viii)  Peranan Sektor Swasta 
Sektor swasta akan digalakkan untuk berunding dan bekerjasama dengan jentera S&T sektor awam untuk memenuhi keperluan P&P mereka.

(ix)  Pemindahan Teknologi 
Pemindahan teknologi akan digalakkan dan disokong dengan latihan, perjanjian kerjasama, usaha P&P dan satu mekanisma perlu ditubuhkan untuk mengkaji kemajuan pemindahan teknologi melalui aktiviti pengawasan, penilaian dan kajian.

(x)  Komputerisasi 
Usaha untuk meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dalam pelajaran, industri dan pengurusan penyelidikan akan diberi keutamaan.

(xi)  Pusat-Pusat Kecemerlangan Sains 
  Akademi Sains akan ditubuhkan dan mekanisma untuk mengawasi kemajuan S&T di dunia khasnya dalam bidang kejuruteraan genetik, bioteknologi, komunikasi, elektronik dan kaji hayat dan lain-lain bidang S&T juga akan ditubuhkan.

(xii)  Pelan Tindakan 
  Satu pelan tindakan akan digubal untuk melaksanakan strategi-strategi tersebut.
Pelaksanaan
Untuk melaksanakan Dasar Sains dan Teknologi, Rancangan Malaysia Kelima (RM5) telah memperuntukkan sebanyak $4146 juta di bawah tanggungjawab Majlis Penyelarasan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN). Majlis ini dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara dan anggotanya terdiri daripada wakil agensi-agensi pusat dan juga saintis-saintis terkenal.
Seterusnya dalam Rancangan Malaysia Keenam (RM6), Sektor S&T telah diperuntukkan sebanyak $600 juta. Peruntukan ini ditujukan kepada rancangan memaju dan menyelaraskan projek-projek P&P dengan tujuan mempertingkatkan keupayaan teknologi tempatan. Implikasi yang penting berkaitan dengan tindakan ini adalah rancangan pembangunan S&T pada pertama kalinya disatukan dalam rancangan pembangunan ekonomi negara di bawah RM5. Integrasi rancangan pembangunan sumber-sumber S&T dalam RM5 dan RM6 akan menumpukan sumbangannya kepada usaha-usaha Pembaunan ekonomi.
Untuk menyelaras dan menguruskan pembahagian peruntukan RM5 dan RM6, MPKSN telah memperkenalkan satu skim khas, Program Penekanan Penyelidikan Di Bidang Keutamaan (IRPA: Intensification of Research in Priority Areas). Matlamat skim ini adalah untuk menentukan supaya projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh institusi-institusi diselaraskan untuk mencapai matlamat membangunkan keupayaan teknologi. Di bawah strategi ini, projek-projek P&P dibahagikan kepada 4 sektor iaitu, pertanian, industri, strategik dan perubatan. Berdasarkan statistik yang terkandung dalam RM6, 50 peratus daripada jumlah peruntukan P&P di RM5 telah digunakan dalam sektor pertanian, 34 peratus sektor perindustrian dan 17 peratus sektor-sektor lain.
Skim ini telah memperkenalkan sistem pengurusan P&P yang lebih terpusat. Mekanisma IRPA juga telah menggerakkan proses rundingan dan pencapaian kata sepakat di kalangan ahli sains dari sektor awam dan swasta. Tambahan pula, MPKSN telah disusun semula dan satu Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sains dan Teknologi telah dibentuk.
Selaras dengan strategi meningkatkan keupayaan teknologi, Majlis Penyelarasan dan Pemindahan Teknologi Perindustrian yang dipengerusikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dan dianggotai oleh pengusaha-pengusaha tempatan yang terkenal, pegawai-pegawai agensi pusat dan pakar-pakar teknik dan saintifik daripada institusi-institusi penyelidikan, telah menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1987 untuk menggubal Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian.
Pelan tindakan ini digubal khas dengan tujuan menyokong pelaksanaan PIP. Walaupun teknologi dan masalah pembangunan keupayaan teknologi perindustrian telah dikenalpasti dalam PIP, pelan ini masih belum menyenaraikan tindakan-tindakan atau strategi-strategi yang jelas untuk diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian digubal khas untuk menentukan strategi dan rancangan teknologi yang perlu dilaksanakan bersama-sama dengan pelaksanaan PIP. Dua puluh sembilan kajian yang melibatkan setiap sektor perindustrian telah dijalankan oleh pakar-pakar tempatan dan ini diikuti dengan perbincangan oleh ahli-ahli Konsortium Penyelidikan Kebangsaan yang ditubuhkan khas untuk tujuan membincang dan mendapatkan persetujuan melaksanakan Pelan tersebut. Pelan itu dibentang dan dipersetujui oleh Kerajaan pada 30hb. Mei 1990. Kerajaan telah menerima 42 syor yang terkandung dalam Pelan tersebut yang dikumpulkan di bawah 5 Penekanan Strategik. Rancangan Malaysia Keenam telah memperuntukkan sebanyak $166 juta untuk melaksanakan syor-syor tersebut.
Penutup
Pembangunan sektor perindustrian adalah unsur penting dalam hasrat negara ini mencapai taraf negara maju. Perindustrian membawa pertambahan nilai yang tinggi, pendapatan dan pekerjaaan kepada tenaga manusia negara ini lebih dari aktiviti-aktiviti pertanian, harga pasaran pengeluarannya juga adalah lebih stabil dan faktor produktiviti yang tinggi. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan barangan yang setanding dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju, bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau menginovasikan teknologi-teknologi pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin dititik beratkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha membangunkan keupayaan sumber-sumber S&T ke arah mempertingkatkan sumbangannya dalam proses melahirkan sektor perindustrian yang dinamik.

SAINS DAN TEKNOLOGI (1)

    PENCAPAIAN SAINS DAN TEKNOLOGI DI MALAYSIA

Kemajuan Sains dan Teknologi (S&T) merupakan satu ciri sebuah negara maju. S&T perlu dibangunkan sebagai pemangkin kepada aktiviti ekonomi dan menjadi penggerak kemajuan sesebuah negara. Hubungan S&T dengan ekonomi sangat rapat. Sesebuah negara yang maju ekonominya tetapi tidak ada aktiviti S&T ibarat manusia yang hidup sihat tetapi tidak punya 5 pancaindera. Manakala negara yang maju S&T tetapi tidak mantap ekonominya, ibarat manusia yang lengkap pancaindera tapi tidak bertenaga. Kesan kedua-dua keadaan ini ialah negara akan bersifat statik. Malah mungkin akan jadi mundur. Sebaliknya perkembangan menggalakkan dalam kedua-dua bidang (S&T dan ekonomi) membolehkan sesebuah negara menjadi dinamik dan berkembang. Maka mutu dan taraf hidup masyarakatnya akan meningkat.
Antara faktor perkembangan ekonomi ialah kemajuan S&T. Ini kerana aktiviti ekonomi banyak bergantung kepada teknologi, dan ianya berkait rapat pula dengan kemajuan sains. Melalui penyelidikan sains, banyak teknologi baru dapat dibangunkan. Kemajuan teknologi membolehkan peralatan-peralatan baru dibina bagi tujuan aktiviti ekonomi. Bidang perindustrian, misalnya, banyak bergantung kepada teknologi. Antaranya keperluan dalam pembinaan bangunan, kemudahan infrastruktur dan alat pengangkutan, serta penggunaan mesin/robot dalam sektor pembuatan. Bidang perindustrian merupakan antara faktor kepada kemajuan ekonomi moden. Tanpa S&T, industri mungkin tidak akan berkembang. Akibatnya aktiviti ekonomi sesebuah negara tidak dapat berlaku dengan berkesan. Ini akan menjejaskan pendapatan dan hasil ekonomi sesebuah negara industri seperti Malaysia.
Matlamat meningkatkan keupayaan S&T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap teknologinya mampu melakukan penyesuaian pembaharuan dan pelaburan yang berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."
MINT - 1972
Telah ditubuhkan pada 1972 dan dikenali sebagai Pusat Penyelidikan Atom Tun Ismail. Pada Jun 1983 PUSPATI ditukar nama kepada Unit Tenaga Nuklear (UTN) dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri. Pada Oktober 1990, UTN telah dipindahkan menjadi sebuah institut penyelidikan teknologi nuklear terunggul di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan dikenali sebagai MINT (Malaysian Institute for Nuclear Technology) pada 10 Ogos 1994. Ia bertanggungjawab memperkenal dan mempromosikan penggunaan sains nuklear dalam pembangunan negara.
MIMOS - 1985
Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia atau (Malaysian Institute of Microelectronic System) ditubuhkan pada tahun 1985 di bawah Jabatan Perdana Menteri dan telah dipindahkan menjadi sebuah agensi di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi pada bulan November 1990. MIMOS bertanggungjawab membantu melaksanakan R & D kepada industri elektronik tempatan supaya menjadi lebih competatif dan inovatif.
Malaysia East Asia Satellite - 1996
MEASAT (Malaysia East Asia Satellite) merupakan nama barisan satelit komunikasi Malaysia yang dimiliki dan dikendali oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd.  Sehingga awal 2007, jaringan satelit MEASAT terdiri daripada tiga satelit geopegun yang direka dan dibina oleh Boeing Satellite Development Center (dahulunya Boeing Satellite Systems). MEASAT-1 dan MEASAT-2 dilancarkan pada 1996 dan MEASAT-3 pada 2006. Satelit MEASAT-1 dan 2 direka bagi membenarkan khidmat televisyen langsung kepada pengguna selama 12 tahun di Malaysia dan juga bagi khidmat perhubungan awam di kawasan dari Malaysia kepada Filipina dan dari Beijing hingga ke Indonesia.
Koridor Raya Multimedia - 1996
Koridor Raya Multimedia adalah satu inisiatif menarik dari Malaysia untuk industri global informasi dan teknologi (ICT). Projek ini diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan Persidangan Multimedia Asia pada 1 Ogos 1996. Juga dikenali sebagai "MSC MALAYSIA" di Malaysia, Koridor Raya Multimedia bertujuan untuk menarik syarikat-syarikat IT dari seluruh dunia bertapak di Malaysia dengan menawarkan pengecualian cukai syarikat sementara serta kemudahan-kemudahan berteknologi tinggi. Multimedia Development Corporation telah diberi mandat oleh kerajaan Malaysia untuk menyelia perkembangan MSC.
7 Aplikasi Perdana e-Government - 1996
Bagi memantapkan objektif Wawasan 2020, satu usaha bersepadu telah dilaksanakan melalui tujuh inovatif Aplikasi Perdana. Aplikasi ini telah dibangunkan untuk melonjakkan Inisiatif MSC Malaysia dan mencipta utopia multimedia untuk pengusaha-pengusaha dan penguna-penguna yang inovatif di pelbagai bidang multimedia teknologi. Multimedia Super Corridor(MSC) menawarkan inisiatif menarik untuk rakyat Malaysia di era informasi ini. Tujuh aplikasi perdana MSC ialah Kerajaan Elektronik, Kad Pintar Pelbagai guna, Sekolah Pintar, Telekesihatan, Kumpulan R&D, e-Perniagaan dan Pembangunan Usahawan Teknologi.
Taman Teknologi Malaysia - 1996
Taman Teknologi Malaysia atau (Technology Park Malaysia-TPM) diwujudkan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang dipertanggunjawabkan untuk membangunkan teknologi rakyat tempatan ke arah perindustrian.  Objektif utama TPM ialah untuk membolehkan hasil penyelidikan dan inovasi yang dijana oleh organisasi penyelidikan awam dan swasta negara dikomersilkan. Tumpuan adalah terhadap promosi industri berteknologi tinggi dan koleberasi aktif antara industri, agensi kerajaan, institusi penyelidikan dan institusi akademik ke arah mempromosikan perpindahan teknologi.
ASTRO - 1996
Astro merupakan penyedia perkhidmatan televisyen satelit berbayar pertama di Malaysia di bawah MEASAT Broadcast Network Systems Sdn. Bhd., sebuah konsortium syarikat kerajaan dan perdagangan. Astro memulakan siarannya pada 1996 dengan permulaan hanya menawarkan 22 saluran pelbagai dan juga 8 saluran radio. Mulai 31 Ogos 2006, Astro menambah 7 saluran baru dengan memperkenalkan 3 saluran jenama Astro iaitu Astro Aruna, Astro Kirana dan Astro Ceria. 4 saluran baru yang lain ialah CCTV4, WaTV, Animax dan Zee TV. Selain itu, mulai 28 Disember, 2006, Astro telah menawarkan 4 lagi saluran baru iaitu Al-Jazeera English, ETTV Asia, BBC Entertainment dan saluran terestrial ke-enam Malaysia TV9.
MyKad / Kad Pintar - 2001
MyKad adalah inisiatif Kerajaan Malaysia untuk memberikan kemudahan kepada orang awam melalui sekeping kad pintar untuk pelbagai aplikasi. Tidak seperti kad-kad lain yang sedia ada, MyKad menggabungkan pelbagai aplikasi Kerajaan dan swasta di dalam satu kad. Tambahan pula, MyKad yang berdasarkan teknologi kad pintar direkacipta agar berupaya untuk memuatkan pelbagai aplikasi baru di masa akan datang. Teknologi di sebalik sistem kad pintar adalah teknologi cip dan biometrik. MyKad menggunakan teknologi terkini yang menggabungkan pelbagai ciri keselamatan. Di antara ciri-ciri tersebut adalah pengesahan kad melalui kunci kriptografi yang simetrik. Sistem pengendalian pelbagai aplikasi dengan "firewall" dan platform cip yang selamat.
My Government - 2006
myGovernment adalah singkatan untuk Portal Perkhidmatan Awam Kerajaan Malaysia. myGovernment merupakan gerbang utama kepada informasi dan perkhidmatan Kerajaan Malaysia melalui Internet. Anda juga boleh melayari lebih 900 laman web agensi-agensi Kerajaan Malaysia. Inisiatif ini dilaksanakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.