Sumbangan dan Kesan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan.
Bincangkan.
Pengenalan:Sains dan teknologi memberi sumbangan besar kepada
bidang perubatan. Sumbangan itu dapat dilihat dalam pelbagai aspek seperti
kaedah rawatan, ubat-ubatan, peralatan dan aspek-aspek lain. Namun di sebalik
semua sumbangan itu terdapat juga beberapa masalah hasil kemajuan tersebut.
A. Sumbangan
1. Peralatan
Pelbagai peralatan perubatan dicipta. Peralatan ini digunakan
untuk merawat dan mengesan penyakit. Alat-alat ini mampu mengesan sesuatu
penyakit dengan tepat dan merawat dengan berkesan. Sebagai contoh: x-ray,
ultrasound. Pelbagai peralatan dicipta untuk merawat. Sebagai contoh: peralatan
pembedahan.
2. Ubat-ubatan
Kemajuan sains dalam bidang kimia dan biologi membantu bidang
perubatan mencipta pelbagai ubat moden. Penemuan ubat-ubat untuk bius, penahan
sakit, antibiotik; pelbagai vaksin untuk membina ketahanan badan; pelbagai
vitamin untuk pertumbuhan dan kesihatan manusia.Penemuan-penemuan ini memberi
sumbangan besar dalam bidang perubatan. Membantu menyembuhkan penyakit dengan
lebih cepat, mengurangkan kesakitan kepada pesakit.
3. Penyelidikan dan Pembangunan
Kemajuan sains memberi sumbangan besar kepada bidang
perubatan dalam R&D. Pelbagai perlatan sains digunakan secara meluas dalam
R&D bidang perubatan. Banyak peralatan ICT digunakan secara meluas dalam
R&D. Sebagai contoh penggunaan kamera. Kemajuan sains membolehkan R&D
dalam bidang perubatan berkembang pesat. Pelbagai jenis penyakit dapat dikesan.
Pelbagai kaedah dan ubat dicipta.
4. Kaedah rawatan
Pelbagai prosedur rawatan telah diperkenalkan dengan kemajuan
sains dalam bidang perubatan. Pesakit dirawat dengan pelabagai kaedah mengikut
kesesuaian. Rawatan dibuat melalui pengambilan ubat, pembedahan, pemindahan
organ, penggunaan organ tiruan dll. Kaedah-kaedah ini ternyata kurang risiko,
tidak menyakitkan, memeberi keselesaan kepada pesakit.
B. Masalah
5. Kesan sampingan
Pelbagai bentuk kesan sampingan dialami oleh pesakit.
Ubat-ubatan yang berasaskan bahan kimia akan memberi kesan sampingan kepada
seseorang jika digunakan dalam jangka masa yang lama. Seseorang akan terdedah
kepada kerosakan organ-organ badan lain seperti hati dan buah pinggang.
Alat-alat dan prosedur rawatan moden rawatan seperti x-ray dam kimoterapi turut
memberi kesan sampingan.
6. Alahan
Ramai pesakit mempunyai ketahanan yang yang rendah terhadap
tindak balas yang terhasil akibat penggunaan sesuatu ubat. Keadaan ini
menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti gatal-gatal.
Kesimpulan:
Walaupun terdapat pelbagai kesan sampingan terhadap
kesihatan, namun itu adalah masalah yang kecil jika dibandingkan dengan
sumbangan yang begitu besar kepada dunia perubatan.
Sumber:cikgurazak.blogspot.com.
Hasil kajian: NurAqila bt Zainal Abidin L6K3
No comments:
Post a Comment